Wednesday, July 4, 2012

Jagalah mereka yang menjagamu


 Jagalah ayah, abang, adik lelaki dan suami mu..

  • Tutuplah auratmu jangan jadikan mereka laki-laki dayus kerana auratmu. 



  • Jagalah solatmu lepaskan mereka dari satu dosa kerana dosamu yang meninggalkan solat. 
  • Jika kamu telah memelihara semuanya dengan baik tentang dirimu, dan kamu melihat mereka lupa. Ingatkanlah mereka bahawa kamu wanita perlukan khalifah yang baik untuk kehidupan yang diredhai Allah SWT. Bukan sahaja diduni tetapi diakhirat sana.
  • Jika kamu disaat kamu melihat mereka rebah, jadilah penyokong mereka.
  • Kerna kamu wanita adalah tulang belakang setiap lelaki yang mempunyai ikatan dengan mu.


  • Kerna selain Allah SWT. Mereka inilah yang akan menjagamu, memeliharamu.
  • Jagalah mereka dengan memelihara dirimu.


Saturday, June 9, 2012

MIMPI YANG INDAH..

Pada suatu malam, selepas saya selesai solat tahajud ingin melupakan pada seseorang yang saya sayang,seseorang yang membuatkan hati saya pilu,saya tertido..
Hanya sekejap jer saya tertido.. Tiba2 saya berada di depan rumah.. Terserempak dengan ular tedung 5- 6 ekor warnanya putih kuning, menyekat saya masuk ke rumah.. Tapi saya terus juga masuk,tiba2 saya memasuki sabuah hutan,hutan yang cukup indah.. Mempunyai sungai, airnya sangat jernih,tetapi saya takut untuk pergi ke tebing sungai itu kerana takut jatuh..
Bila saya keluar dari hutan itu, kaki saya tiba2 menaiki tangga,tangganya tinggi sampai ke langit dan di situ saya mulanya melihat satu tempat yang cantik,bersih dan ada satu biji al-Quran yang dilindungi oleh bekas kaca empat segi.. Saya masuk perlahan - lahan,ada beberapa orang yang memakai jubah putih disitu,tapi tidak menghiraukan kehadiran saya dan tidak ada seorang pun yang menyentuh al-Quran itu..
Saya terpegun melihat al-Quran yang besar itu dan saya menyentuhnya.. Al-Quran itu pun jatuh ke peha saya..
Saya merasa bahagia sekali.. Dan saya bermonolog didalam mimpi itu.. 'Indahnya hidup ditepi sungai didalam hutan yang cantik itu dengan berteman kan al-Quran.. Tapi lagi bahagia jika saya dapat membacanya dengan lancar.'..
Tapi bila terfikir balik dan saya teringat akan cerita seorang lelaki yang pada mulanya hidup dengan penuh maksiat.. Tetapi dia telah meminta peluang kedua dari Allah untuk hidup dan beramal kepada Allah sepanjang hidupnya.. Allah telah memberi 500tahun kepadanya..
Memang betul dia hanya melakukan solat, membaca al-Quran dalam masa 500 tahun itu.. Tetapi Allah tetap memasukkannya ke dalam neraka kerana dia telah lalai melaksanakan tanggungjawab didunia..
Tanggungjawab didunia ini banyak antaranya
- Menunaika solat 5 waktu.
- Memberi zakat.
- Memberi nafkah pada anak isteri.
- Menyampaikan dakwah walaupun kecil2.
- Menunaikan haji... dan sebagainya.. yang kita dipertanggungjawabkan oleh Allah..
Oleh itu semoga kita dapat memikul tanggungjawab sebaik-baik insan, kita x mampu untuk melakukan semua dengan sempurna kerana kita manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kita semua mempunyai kelemahan.. yang mana kelemahan kita yang boleh kita baiki,kita baiki..
Dan segala dosa yang kita lakukan haruslah kita cepat memohon keampunan dari Allah..
PANDUAN HIDUP YANG SEBENAR DAN PALING INDAH ADALAH BERPANDUKAN AL-QURAN..
Semoga kita menjadi hamba2 Allah yang SOLEH  dan SOLEHAH..
^_^

Thursday, May 17, 2012

APA YANG DAPAT KALAU BERDOA??

Kita sebagai umat islam wajib melakukan semua perintah Allah.. Tetapi kita manusia biasa, selalu juga melakukan kesalahan. Oleh itu,kita digalakkan bertaubat.


BERDOA:
- Bila-bila mase pun boleh, lebih afdal selepas solat..
APA YANG KITA DAPAT KALAU BERDOA?:
- Kadang2 bila kite berdoa, doa kite x termakbul.. Sebenarnya bukan x termakbul, tapi lambat jer.. Sebab mungkin Allah SWT nak uji kite dulu.. Allah xkan persiakan doa hamba-hambaNYA..
- Disaat kita berdoa keyakinan pada Allah amat penting, kerana Allah lah yang Maha Berkuasa dengan setiap yang terjadi dengan kehandakNYA..
- Allah SWT amat menyukai pada hambaNYA yang berusaha dan tidak mudah putus asa.. Selalu ikhtiar untuk berubah kepada kebaikan..
- Apa yang kite dapat kalau berdoa yer??.. Bagi mereka yang tidak putus doa, Allah SWT telah menguniakan kesabaran, kemuliaan, ketenangan dan ganjaran yang sangat besar di dalam hati mereka malah Allah SWT juga telah meletakkan mereka di kalangan mereka yang soleh dan solehah.. Bukan senang untuk mendapat kesabaran, dengan segala dugaan yang diterima.. Ada doa yang bertahun-tahun baru dimakbulkan..
- Disaat berdoa dan meminta kepadaNYA, mintala dengan kesabaran, merendah diri, dan keikhlasan.

Firman Allah SWT: Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.
: Dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di atas muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoa kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik : surah A'RAF ayat 55- 56.

Berdoa lah dengan yakin untuk mendapatkan kesabaran, ketenagan dan keredhaan Allah SWT.. Kerana kesabaran, ketenangan, dan keredhaan Allah bukan lah senang untuk dimiliki...
Sesungguhnya Allah amat menyukai hamba-hambaNya yang meminta untuk kebaikan.



Semoga pintu hati kita dibuka ke jalan yang benar dan selamat beramal.(^_^)

Monday, March 12, 2012

RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN.

                                     RUKUN ISLAM
   
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat 5 waktu
  3. Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan
  4. Membayar zakat
  5. Menger










  1.  Percaya kepada ALLAH
  2. Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-malaikat
  4. Percaya kepada kitab-kitab
  5. Percaya kepada Hari kiamat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar.

Monday, December 5, 2011

SAYA ADA MAMA..


Mama melahirkan saya pada 17 Februari 1990 pada tahun islam plak 21 Rejab 1410H.
Saya anak ketiga.. Mama melahirkan anak 'selang bunga' orang tua2 ckp.. Sebab anak sulung ialah kakak, kedua abang,  ketiga saya, keempat adik lelaki dan yang bongsu adik perempuan.. Nampakkan selang perempuan dan lelaki..
Dari dulu sampai sekarang mak membanting tulang bekerja keras untuk membesar anak-anak...
Mama berusaha untuk melihat anak-anak dia berjaya, untuk hidup senang...
Itu lah kasih seorang mama untuk anak-anak...
Tapi mama terlalu banyak terluka dengan orang yang mama sayang,dan orang sekeliling...
Saya cube fahami mama,tetapi saya gagal menjadi seorang anak yang memahami mama..
Saya tak banyk ckp dengan mama.. Tapi apabila saya melihat wajah mama, saya tau mama penat dengan apa yang dilalui, mama kuat untuk anak-anak..

 Tapi saya bukan anak yang baik jugak.. Kadang-kadang saya meninggi kan suara apabila bercakap dengan mama.. Rasa bersalah..

Tapi saya sayang mama.. Saya ada mama untuk dijage..
Saya ada mama untuk disayangi.. Saya ada mama, dan saya bersyukur saya masih ada mama.
Sekarang banyak yang saya lihat ada yang meninggalkan mama mereka, tidak pedulikan mama mereka..
Saya sedih dan pilu, terus saya berdoa agar saya  tidak meniggalkan mama untuk kepentingan diri sendiri..
Mungkin selepas ni saya akan diuji, adakah saya akan meninggalkan mama.. Semoga Allah menguatkan diri ini agar terus bersame mama..
Sampai bila2 saya anak mama.. Walau mama sering marah2, mungkin sebab mama penat..
Biar macam mane pun mama,dia tetap mama saya..( Mama tak jahat,cuma mama saya garang)
Saya anak mama, dan saya ada mama untuk dijage.. Biar la ada orang cakap, dah besar tapi masih lagi dengar cakap mak.. Syukur Alhamdulillah saya masih ada mama dan saya bangga dengan mama saya..
Sekarang saya di uji untuk mama, saya hilang orang yang saya sayang...
Saya tak nak nanti saya menyesal sebab saya hilang mama dan sakiti hati mama.. Cukup lah saya jadi salah seorang anak yang tak berape nk berguna...
Tapi saya akan berusaha untuk menjadi anak yang terbaek untk mama..
Alhamdulillah akak dah keje dpt ringan kan beban mama, abang pun dh berusaha yang terbaek untuk mama dan diri dia, sekarang giliran saya plak, adik lelaki dah cari duit sendiri cume adik bongsu masih belajar..
 Bia lah saya hilang orang yang saya sayang kalu tidak pun mungkin saya akan menyusahkan dia..
Allah uji saya untk mama..
Saya ada mama untuk saya sayang.
Saya ada mama untuk saya hormat.
Saya ada mama untuk saya jaga.
Saya ada mama untuk saya bahagiakan.
Tiba masa untuk saya bahagiakan mama, bia hati saya sakit, hati saya hancur..
Kerana mama, selama-lama nya mama dihati saya...

Dalam hidup ni seorang ibu bukan memerlukan sangat wang ringgit, tetapi mereka memerlukan kita untuk menyayangi diri mereka.. Berkorban lah walau sikit pun untuk ibu yang telah mengandungkan kamu selama 9 bulan dan telah  melahirkan kamu ke dunia ini.
Kita hanya ada seorang jer ibu di dunia.. Jadi hargai lah dia..

Untuk mama yang disayangi.<3
:')

Monday, November 28, 2011

KELAHIRAN YANG DI BUANG.




Contoh suami isteri yang penyayang..
Hehe.. Romantik, xsabar menanti insan baru..:)

Tapi zaman skarng ramai yang buang anak.. Ape lah salah diorang??.. Sebab ape buang diorang?? Sebab diorang anak laur nikah??.. Haish..sape yang buat..??
Nak kate xde otak ade otak tapi xnk gune.. Tau takut,yang pergi buat tu apesal.??
Malas nk ckp bnyak.. Pikir sendiri..
Ramai pasangan suami isteri yang xde anak nk anak, korang dpt anak buang lak dah.. Kalu anak luar nikah pun jage lah elok2.. Jgn biar jd mcm korang yang dah buat silap.. Sebabnye salah korang..
Jadi lah ibu bape yang soleh dan solehah untuk anak yang soleh dan solehah..
^_^..  Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat...

DARI PENJARA KE KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum,alhamdulillah jumpe jugak citer ni yang ana cri.. Ni pun ana copy dari blog orang len..hehe.. Sebab ana tertarik dengan cerita dan semangat kental yang dimiliki diorang.. Semoga kita pun mempunyai semangat macam diorang untuk berjuang ke jalan Allah.

Si pemuda dikaitkan dengan Fatah, si gadis pula dikaitkan dengan Hamas. Kedua-dua mereka di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Israel.
 Tetapi hari ini, Nizar Al- Tamimi, 38 dan Ahlam Al-Tamimi ,31, telah bebas dan akan melangdungkan perkahwinan di Amman, Jordan.
Keluarga Nizar terletak di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat tidak sabar menanti kepulangan anak lelaki mereka yang dibebaskan dari penjara sebagai perjanjian rundingan antara Israel dan Hamas, bulan ini.

Nizar dijatuhi hukuman seumur hidup kerana menyertai operasi anti-Zionispada tahun 1990-an.
Ahlam, yang menjadi anggota wanita yang pertama dalam sayap ketenteraan pejuang Hamas,di penjara kerana memberi bantuan kepada Hamas dalam satu operasi pada 2001.

Wanita itu menyertai ketenteraan Hamas kerana tidak berpuas hati dengan protes rundingan damai Palestin - Israel serta selepas menyaksikan kekejaman rejim Zionis semasa dia berkerja sebagai wartawan.

"Kisah Nizar daripada kumpulan Fatah dan Ahlam daripada kumpulan Hamas, menunjukan realiti sebenar perpaduan rakyat Palestin " Menurut Mahmoud abang kepada Ahlam dalam temu ramah berita dengan agensi   AFP.
"Perpecahan yang dunia lihat kini hanyalah 2 kerajaan Palestin"katanya lagi.
Mahmoud yang bercerita bagi pihak Ahlam, berkata dia dan adiknya ditangkap Israel semasa Ahlam dalam tahun ketiga di Universiti Bir Zeit, Tebing Barat.
"Saya menerima hukuman penjara 4 tahun, tetapi Ahlam diberi 16 hukuman penjara seumur hidup" kata Mahmoud lagi.
Menurut Mahmoud dia menemui Nizar di dalam penjara dan bakal adik iparnya itu menghantar surat kepada Ahlam setiap hari.
"Surat itu membawa mesej dan kemahuan terhadap tanah air serta kebebasan" katanya.
Bakal pengantin itu pernah ketemu sekali semasa Ahlam melawat Nizar dipenjara sebelum Ahlam sendiri di tangkap.
Keluarga Nizar kemudian meminang Ahlam tanpa kehadiran kedua-dua bakal pengantin tersebut.
"Perkahwinan ini bukan ditentu oleh keluarga kami tetapi di atas permintaan Nizar dan Ahlam sendiri. Mereka membentuk ikatan yang kuat melalui surat-surat ini walaupun keadaan sangat sukar" tambah Mahmoud lagi.
Kakak Ahlam Iftikhar Aref, berkata keluarganya tidak pernah menaruh harapan adiknya dan Nizar akan dibebas rejim Israel.

"Apabila mengetahui kedua-dua mereka menjadi sebahagian pertukaran antara tahanan Palestin dan askar Israel, kami mula mengatur majlis untuk mereka di Jordan, katanya.

Pasangan itu terpaksa berkahwin di Jordan kerana Ahlam di hantar ke negara itu dan dilarang memasuki Palestin oleh rejim Zionis.