Friday, July 22, 2011

KEPADA SEMUA WANITA


 Perhatian kepada semua wanita-wanita di Malaysia.  Fakta tentang keistimewaan wanita yang perlu di ambil berat oleh semua wanita.Memang orang kata wanita adalah kaum yang lemah, tapi sebenarnya wanita juga adalah kaum yang istimewa sama seperti kaum lelaki. Kepada kaum Adam, teliti lah keistimewaan ini dan ambil iktibar dari nya….:-)



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.
Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc… .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah – mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya – ALLAH.
“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”.
Ath-Thabrani.
“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”.
Ibnu-majah.
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik”
Ibnu – Majah.


DARI: http://myvbru.com/perhatian-kepada-semua-wanita/#ixzz1Stv8Q3ia



Thursday, July 21, 2011

DOSA MENINGGALKAN SOLAT




Salah satu runtuhnya iman kerana meninggalkan solat.Meninggalkan solat juga adalah satu jalan memutuskan hubungan dengan Allah. Antara dosa-dosa meninggalkan solat seperti berikut.

Solat Subuh
Sesiapa yang meninggalkan solat subuh,Allah s.w.t akan mencampaknya selama 60 tahun ke dalam neraka

Solat Zuhur
Satu fardu solat ini ditinggalkan sama seperti membunuh  1000 orang umat islam

Solat Asar
Satu fardu solat ini ditinggalkan dosanya sama seperti meruntuhkan Kaabah(Rumah Allah)

Solat Maghrib
Jika meninngalkan solat fardu ini dosanya sama seperti berzina dengan orang tua nya. Berzina dengan ibu(bagi lelaki),berzina dengan bapa(bagi perempuan)

Solat Isyak
Meninggalkan fardu solat ini Allah s.w.t tidak akan meredhai hidupnya di dunia.

''Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk ke neraka Saqar?? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang bersembahyang.''
Al-Mudathsir:42,43

Solat berjemaah 27 kali ganda pahala dari solat sendirian


Dimana-mana pun boleh solat.





SELAMAT BERAMAL...
^_^




Wednesday, July 20, 2011

BERIKAN CAHAYA KPD HIDUP MU DNG NAMA-NAMA ALLAH.

'Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoa lah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya .Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan''
(Al-A'raf:180)

Allah - Nama Allah s.wt
Al-Rahman - Yang Maha Pemurah
Al-Rahim - Yang Maha Penyayang
Al-Malik - Yang Maha Teragung
Al-Quddus - Yang Maha Suci
Al-Salam - Yang Maha Salam Sejahtera
Al-Mukmin - Yang Maha Melimpahkan Keamanan
Al-Muhaymin - Yang Maha Mengawal dan Mengawasi
Al-Aziz - Yang Maha Berkuasa
Al-Jabbar - Yang Maha Kuat
Al-Mutakabbir - Yang Melengkap segala Kebesaran
Al-Khaliq - Yang Maha Pencipta
Al-Bari - Yang Maha Menjadi
Al-Musawwir - Yang Maha Pembentuk 
Al-Ghaffar - Yang Maha Pengampun
Al-Qahhar - Yang Maha Menundukkan
Al-Wahhab - Yang Maha Penganugerah
Al-Razzaq - Yang Maha Pemberi Rezeki
Al-Fattah - Yang Maha Pembuka
Al-Alim - Yang Maha Mengetahui
Al-Qabid - Yang Maha Pengekang
Al-Basit - Yang Maha Melimpahkan Nikmat
Al-Khafid - Yang Maha Perendah
Al-Rafi' - Yang Maha Peninggi
Al-Mu'izz - Yang Maha Menghormati(Memuliakan)
Al-Muzill - Yang Maha Menghinakan
Al-Sami' - Yang Maha Mendengar
Al-Basir - Yang Maha Melihat
Al-Hakam - Yang Maha Mengadili
Al-'Adl - Yang Maha Adil
Al-Latif - Yang Maha Lembut serta Halus
Al-Khabir - Yang Maha mengetahui
Al-Halim - Yang Maha Lemah Lembut
Al-Azim - Yang Maha Agung
Al-Ghafur - Yang Maha Pengampun
Al-Syakur - Yang Maha Bersyukur
Al-'Ali - Yang Maha Tinggi
Al-Kabir - Yang Maha Besar
Al-Hafiz - Yang Maha Memelihara
Al-Muqit - Yang Maha Menjaga
Al-Hasib - Yang Maha Pnghitung
Al-Jalil - Yang Maha Mulia
Al-Karim- Yang Maha Pemurah
Al-Raqib - Yang Maha Waspada
Al-Mujib - Yang Maha Pengkabul
Al-Wasi' - Yang Maha Luas
Al-Hakim - Yang Maha Bijaksana
Al-Wadud - Yang Maha Penyanyang
Al-Majid - Yang Maha Mulia
Al-Baith - Yang Maha Membangkit
Al-Syahid - Yang Maha Menyaksikan
Al-Haqq - Yang Maha benar
Al-Wakil - Yang Maha Pentadbir
Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
Al-Matin - Yang Maha Teguh
Al-Wali - Yang Maha Melindungi
Al-Hamid - Yang Maha Terpuji
Al-Muhsi - Yang Maha Penghitung
Al-Mubdi - Yang Maha Pencipta Dari Asal
Al-Mu'id - Yang Maha Mengambalikan serta Memulihkan
Al-Muhyi - Yang Menghidupkan
Al-Mumit - Yang Mematikan
Al-Hayy - Yang Sentiasa Hidup
Al-Qayyum - Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
Al-Wajid - Yang Maha Penemu
Al-Majid - Yang Maha Mulia
Al-Wahid Al-Ahad -Yang Maha Esa
Al-Samad - Yang Menjadi Tumpuan
Al-Qadir - Yang Maha Berupaya
Al-Muqtadir - Yang Maha Berkuasa
Al-Muqaddim - Yang Maha Menyegerakan
Al-Mu'akhkhir - Yang Maha Penagguh
Al-Awwal - Zat Yang Pertama
Al-Akhir - Zat Yang Akhir
Al-Zahir - Zat Yang Zahir
Al-Batin - Yang Batin
Al-Wali - Zat Yang Wali / Yang Memerintah
Al-Muta'ali - Yang Maha Tinggi lagi Mulia
Al-Barr - Yang Banyak membuat kemuliaan
Al-Tawwab - Zat YangMenerima Taubat
Al-Muntaqim - Zat Yang Maha Menghukum
Al-'Afuw - Yang Maha Pengampun
Al-Ra'uf - Yang Maha Pengasih serta Penyayang
Malik-Al-Mulk - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
Zu Al-Jalal Waal-Ikram - Yang Mempunyai Kebesaran Dan Kemuliaan
Al-Muqsit - Yang Maha Saksama
Al-Jami' - Yang Maha Pengumpul
Al-Ghani - Yang Maha Kaya dan Serba Lengkap
Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
Al-Mani' - Yang Maha Pencegah
Al-Dharr - Yang Mendatangkan
Al-Nafi' - Yang Memberi Manfaat
Al-Nur - Yang Maha Menerangkan
Al-Hadi - Yang Maha Memimpin dan Memberi Petunjuk
Al-Badi' - Yang Maha Pncipta Yang Tiada Tandingan
Al-Baqi - Yang Maha Kekal
Al-Warith - Yang Maha Mewarisi
Al-Rashid - Yang Memimpin(Kefrah kebenaran)
Al-Sabur - Yang Maha Penyabar

SELAMAT BERAMAL

^_^