Monday, November 28, 2011

DARI PENJARA KE KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum,alhamdulillah jumpe jugak citer ni yang ana cri.. Ni pun ana copy dari blog orang len..hehe.. Sebab ana tertarik dengan cerita dan semangat kental yang dimiliki diorang.. Semoga kita pun mempunyai semangat macam diorang untuk berjuang ke jalan Allah.

Si pemuda dikaitkan dengan Fatah, si gadis pula dikaitkan dengan Hamas. Kedua-dua mereka di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Israel.
 Tetapi hari ini, Nizar Al- Tamimi, 38 dan Ahlam Al-Tamimi ,31, telah bebas dan akan melangdungkan perkahwinan di Amman, Jordan.
Keluarga Nizar terletak di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat tidak sabar menanti kepulangan anak lelaki mereka yang dibebaskan dari penjara sebagai perjanjian rundingan antara Israel dan Hamas, bulan ini.

Nizar dijatuhi hukuman seumur hidup kerana menyertai operasi anti-Zionispada tahun 1990-an.
Ahlam, yang menjadi anggota wanita yang pertama dalam sayap ketenteraan pejuang Hamas,di penjara kerana memberi bantuan kepada Hamas dalam satu operasi pada 2001.

Wanita itu menyertai ketenteraan Hamas kerana tidak berpuas hati dengan protes rundingan damai Palestin - Israel serta selepas menyaksikan kekejaman rejim Zionis semasa dia berkerja sebagai wartawan.

"Kisah Nizar daripada kumpulan Fatah dan Ahlam daripada kumpulan Hamas, menunjukan realiti sebenar perpaduan rakyat Palestin " Menurut Mahmoud abang kepada Ahlam dalam temu ramah berita dengan agensi   AFP.
"Perpecahan yang dunia lihat kini hanyalah 2 kerajaan Palestin"katanya lagi.
Mahmoud yang bercerita bagi pihak Ahlam, berkata dia dan adiknya ditangkap Israel semasa Ahlam dalam tahun ketiga di Universiti Bir Zeit, Tebing Barat.
"Saya menerima hukuman penjara 4 tahun, tetapi Ahlam diberi 16 hukuman penjara seumur hidup" kata Mahmoud lagi.
Menurut Mahmoud dia menemui Nizar di dalam penjara dan bakal adik iparnya itu menghantar surat kepada Ahlam setiap hari.
"Surat itu membawa mesej dan kemahuan terhadap tanah air serta kebebasan" katanya.
Bakal pengantin itu pernah ketemu sekali semasa Ahlam melawat Nizar dipenjara sebelum Ahlam sendiri di tangkap.
Keluarga Nizar kemudian meminang Ahlam tanpa kehadiran kedua-dua bakal pengantin tersebut.
"Perkahwinan ini bukan ditentu oleh keluarga kami tetapi di atas permintaan Nizar dan Ahlam sendiri. Mereka membentuk ikatan yang kuat melalui surat-surat ini walaupun keadaan sangat sukar" tambah Mahmoud lagi.
Kakak Ahlam Iftikhar Aref, berkata keluarganya tidak pernah menaruh harapan adiknya dan Nizar akan dibebas rejim Israel.

"Apabila mengetahui kedua-dua mereka menjadi sebahagian pertukaran antara tahanan Palestin dan askar Israel, kami mula mengatur majlis untuk mereka di Jordan, katanya.

Pasangan itu terpaksa berkahwin di Jordan kerana Ahlam di hantar ke negara itu dan dilarang memasuki Palestin oleh rejim Zionis.

No comments:

Post a Comment