Monday, November 28, 2011

KELAHIRAN YANG DI BUANG.




Contoh suami isteri yang penyayang..
Hehe.. Romantik, xsabar menanti insan baru..:)

Tapi zaman skarng ramai yang buang anak.. Ape lah salah diorang??.. Sebab ape buang diorang?? Sebab diorang anak laur nikah??.. Haish..sape yang buat..??
Nak kate xde otak ade otak tapi xnk gune.. Tau takut,yang pergi buat tu apesal.??
Malas nk ckp bnyak.. Pikir sendiri..
Ramai pasangan suami isteri yang xde anak nk anak, korang dpt anak buang lak dah.. Kalu anak luar nikah pun jage lah elok2.. Jgn biar jd mcm korang yang dah buat silap.. Sebabnye salah korang..
Jadi lah ibu bape yang soleh dan solehah untuk anak yang soleh dan solehah..
^_^..  Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat...

DARI PENJARA KE KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum,alhamdulillah jumpe jugak citer ni yang ana cri.. Ni pun ana copy dari blog orang len..hehe.. Sebab ana tertarik dengan cerita dan semangat kental yang dimiliki diorang.. Semoga kita pun mempunyai semangat macam diorang untuk berjuang ke jalan Allah.

Si pemuda dikaitkan dengan Fatah, si gadis pula dikaitkan dengan Hamas. Kedua-dua mereka di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Israel.
 Tetapi hari ini, Nizar Al- Tamimi, 38 dan Ahlam Al-Tamimi ,31, telah bebas dan akan melangdungkan perkahwinan di Amman, Jordan.
Keluarga Nizar terletak di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat tidak sabar menanti kepulangan anak lelaki mereka yang dibebaskan dari penjara sebagai perjanjian rundingan antara Israel dan Hamas, bulan ini.

Nizar dijatuhi hukuman seumur hidup kerana menyertai operasi anti-Zionispada tahun 1990-an.
Ahlam, yang menjadi anggota wanita yang pertama dalam sayap ketenteraan pejuang Hamas,di penjara kerana memberi bantuan kepada Hamas dalam satu operasi pada 2001.

Wanita itu menyertai ketenteraan Hamas kerana tidak berpuas hati dengan protes rundingan damai Palestin - Israel serta selepas menyaksikan kekejaman rejim Zionis semasa dia berkerja sebagai wartawan.

"Kisah Nizar daripada kumpulan Fatah dan Ahlam daripada kumpulan Hamas, menunjukan realiti sebenar perpaduan rakyat Palestin " Menurut Mahmoud abang kepada Ahlam dalam temu ramah berita dengan agensi   AFP.
"Perpecahan yang dunia lihat kini hanyalah 2 kerajaan Palestin"katanya lagi.
Mahmoud yang bercerita bagi pihak Ahlam, berkata dia dan adiknya ditangkap Israel semasa Ahlam dalam tahun ketiga di Universiti Bir Zeit, Tebing Barat.
"Saya menerima hukuman penjara 4 tahun, tetapi Ahlam diberi 16 hukuman penjara seumur hidup" kata Mahmoud lagi.
Menurut Mahmoud dia menemui Nizar di dalam penjara dan bakal adik iparnya itu menghantar surat kepada Ahlam setiap hari.
"Surat itu membawa mesej dan kemahuan terhadap tanah air serta kebebasan" katanya.
Bakal pengantin itu pernah ketemu sekali semasa Ahlam melawat Nizar dipenjara sebelum Ahlam sendiri di tangkap.
Keluarga Nizar kemudian meminang Ahlam tanpa kehadiran kedua-dua bakal pengantin tersebut.
"Perkahwinan ini bukan ditentu oleh keluarga kami tetapi di atas permintaan Nizar dan Ahlam sendiri. Mereka membentuk ikatan yang kuat melalui surat-surat ini walaupun keadaan sangat sukar" tambah Mahmoud lagi.
Kakak Ahlam Iftikhar Aref, berkata keluarganya tidak pernah menaruh harapan adiknya dan Nizar akan dibebas rejim Israel.

"Apabila mengetahui kedua-dua mereka menjadi sebahagian pertukaran antara tahanan Palestin dan askar Israel, kami mula mengatur majlis untuk mereka di Jordan, katanya.

Pasangan itu terpaksa berkahwin di Jordan kerana Ahlam di hantar ke negara itu dan dilarang memasuki Palestin oleh rejim Zionis.

Wednesday, November 2, 2011

Arak adalah raja maksiat..

Ade seorang lelaki.. Dalam hidupnye,dia tidak pernah melakukan dosa kerana terlalu takutkan yang Maha Kuasa. Tetapi, setiap hari dia melalui hidup seharian banyak yang dilihatnye manusia membuat dosa.
Dia bertanya seorang lelaki yang sedang berjudi..
''apakah yang kau dapat dengan melakukan ini?ini kan dosa.'' dia bertanya..
lelaki berjudi tersebut menjawab ''kepuasan,keseronokan. Kau mau cube?''..
Dia berfikir sendiri,adakah melakukan dosa itu kepuasan,keseronokan?
Dia pun terfikir ingin melakukan satu dosa.''Aku mau lakukan dosa,alah dosa kecil sahaja,mau rasakan  apa yang lelaki itu rasakan'' bermonolog di dalam hati sendiri..
Akhirnya pada satu malam dia berdoa.'' Ya Allah,Kau izinkan aku untuk lakukan satu dosa kecil. Kau bantu lah aku.''
Datanglah pada malam itu seorang lelaki  berjubah putih.
Lelaki berjubah putih berkata ''Aku meminta mu memilih salah satu pintu dari tiga pintu itu. Pintu pertama seorang lelaki, pintu kedua seorang wanita, dan pintu ketiga sebotol arak''
Lelaki itu berfikir dan memilih pintu ketiga sambil bermonolog dalam hati lagi ''Aku memilih pintu ketiga,jika aku minum arak,aku hanya mabuk sahaja.''
Setalah itu lelaki tersebut minum arak itu sehingga habis satu botol. Dan tidak disangka dia telah melakukan perkara tidak senonoh pada wanita pintu kedua dan telah membunuh lelaki pintu pertama tadi.
Kerana sebotol arak dia telah melakukan dosa besar. Malah bukan saja satu dosa tetapi tiga dosa besar..


 - Arak disebut sebgai ''khamar dalam bahasa Arab bermaksud minuman memabukkan.
- Menjadi kebanggaan orang fasik,kafir dan munafik.

Nabi Muahamad s.a.w berfirman:
  ''Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak,adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.''

Oleh itu diterangkan disini haram sekali meminum arak walau setitik atau seteguk..

Kutukan Allah bagi Arak(mereka yang terlibat).

Dari Annas bin Malik katanya Nabi Muhammad berfirman
Sepuluh orang yang dikutuk oleh Allah tentang Arak

  1. Pembuatnya
  2. Pengedarnya
  3. Peminumnya
  4. Pembawanya
  5. Pengirimnya
  6. Pembayarnya
  7. Penuangnya
  8. Penjualnya
  9. Pemakan hasil darinya
  10. Dan pemesannya
Begitu juga dalam al-Quran juga banyak menerangkan keburukan arak dan judi.
Oleh itu jauhi lah arak,kerana ia membawa banyak keburukan ia adalh dosa besar.
Takut Allah,ingati dosa..^_^