Tuesday, May 10, 2011

Kita lupa...


Kita manusia sentiasa mengeluh bila banyak dugaan mendatang..Biasa lah lumrah dunia..
Kita sentiasa marah dengan apa yang terjadi..
"aku bnci lah macam".."Kenapa benda ni jd ka aku??"..
Selalu je kan kita soal kan...?
Namun kita lupa..Kita x layak mempersoalkan semua itu,kerana Allah yang berikan semua..
Kita lupa,dugaan dan ujian diberikan itu hanyalah kecil sahaja..Kita lupa ganjaran Allah amat besar.
Nikmat Allah bagi,kita lupa untuk mensyukurinya..
Kita merasakan yang diri ini sendirian,sunyi.Namun kita lupa,Allah sentiasa disisi..
Walaupun kamu menyimpan apa yang ada dalam hati,tp kita lupa Allah mengetahui.
Fikir lah jika bahagia yang sentiasa diberi Allah,mesti kita akan leka kn??
Kita sudah tentu lupa bersujud padaNya..

Kita lupa,setiap hari kita banyak melakukan dosa..
Kita lupa,Allah berikan dugaan dan ujian untuk mengingatkan kita jangan leka,jangan terus lupa mncari redhaNya,untuk mendapatkan syurgaNya..
Kita lupa Allah lakukan itu kerana Dia sayangkan kita..

Apa yang kita tahu..Hanya lah mengeluh dan mempersoalkan apa yang terjadi..
Kita lupa Allah x akan mensia-siakan hambaNya.Kita lupa bahawa kita makhluk Allah yang amat lemah..
Kerana kita manusia biasa..Sama sahaja..


Walau bagaimanapun dugaan Nya,laluilah dengan sabar walaupun dengan keluhan..Bertawakal lah pada Allah,kerana Allah amat menyukai hambaNya yg sentiasa berharap dan berusaha tanpa putus asa..
Kerana kamu x akan dipersiakan...Ingatlah yang kamu ada DIA.

Terutamanya buat diri ana yg sentiasa lupa...
^_^ ... ngee~~

No comments:

Post a Comment