Saturday, April 23, 2011

Lahirnya aku sebagai umat Islam..

Pada 21 Rejab 1410 hijrah..
Terlahirnya bayi dengan tangisan..Kemudian di alunkan azan Allah di telinga..
Diberikan nama .......

Dijaga dengan elok dengan kasih sayang..
Semakin membesar bayi tadi menjadi seorang kanak-kanak..
Diajar membaca alunan zikir,dua kalimah syhadah.
Diajar Alif ba ta..
Diajar membaca al-Quran dengan dimulakan Bismillah dan ayat pertama yang dibaca adalah al-Fatihah..
dan sedikit-sedikit ayat Quran diajar..

Semakin dewasa,semakin banyak yang diajar..Dan semakin meningkat dewasa itu lah,tanpa disedari diri semakin diuji..
Bila usia sudah menampakkan diri sudah bisa berfikir,dilatih pula menjadi seorang yang murah hati,buang sifat dengki,saling me'hormati,saling tolong menolong..
Dalam keadaan ini juga kita diuji..
Ada mereka yang dengki,ada mereka yang hanya memanfaatkan diri kita untuk kepentingan diri mereka sendiri..Disinilah juga kita belajar erti sabar dan redha..
Tanpa kita sedar kita tidak bisa hidup tanpaNya..
Akhirnya datang lagi ujian yang semakin besar menguji kesabaran dan semakin kita mengharap pertolonganNya..
Dan ketika ini kita sedar,ujian ini tidak lah seberapa dengan apa yang telah diberi olehNya...

 
Disaat itu kita harus bersyukur dengan nikmat Allah berikan
Dilahirkan sebagai umat islam.
Diduga supaya tidak leka akan mainan duniawi yang sementara.
Sengaja diberikan kesusahan supaya kita menjadi hambaNya yang tabah..


Selepas semuanya dilalui dengan sabar walau perih..
Diberi oleh Nya ganjaran yang tidak boleh dimiliki dengan wang permata..
Tidak didunia di akhirat tidak lepas akan ganjaranNya..

syukur diri ini..Kerana...
Lahirnya aku sebagai umat islam..

PadaNya ana memohon segala,padaNya ana bersujud..
Kerana kebahagiaan ana datang dari Allah..
Kejayaan ana juga datang dari Allah..Segala-galanya datang dari Allah..Jika bukan kerana Allah ana bukan siapa-siapa..Kerana itu juga kita memerlukan Allah dalam hidup ini..Amat-amat memerlukan..
DaripadaNya ana datang kepadaNya ana kembali..
Allah Huakhbar..

No comments:

Post a Comment